Ayam merah je...


Ayam merah je...

salam...

Hari ni mood baik nak update blog. Anak-anak plak lambat bangun ari ni..macam da berjanji je memasing.
Adusss....air paip plak x der...jengah peti es ape yang nak dimasak....Naseb baik ade ayam n ikan yang da siap basuh...cili pon da siap blend...beresssss...

Ape menu kite..??

Ayam masak merah dan ikan masak kicap untuk abang long.....



Nak resepi...??
Jum test...sedap ke idokkkk

Bahan perap ayam:
Ayam sebelah (kasi potong n cuci bersih la ye..)
3 Ulas bawang putih
1 inci halia
garam

cara: 
1. Tumbuk kasar bawang putih dan halia.
2.Gaul ayam dengan bahan tumbuk da garam
3.Goreng dan ketepikan

Bahan sos:
1 ladu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar ( cili kering yg da blender )
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Hirisan bawang besar
garam dan gula
sedikit air
minyak unt menumis

cara:

1.Blend bawang besar, bawang putih dan halia.
2.Panaskan kuali, tuang minyak dan tumis bahan blend tadi hingga garing dan naik bau
3. Masukan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak
4. Masukan sos cili, sos tomato dan sos tiram, gaul sebati
5. Masukan air ( agak-agak la nak pekat atau berkuah )
6. Masukan garam dan gula, sesuaikan rasanya..
7. Akhir sekali masukan hirisan bawang merah dan ayam, gaul sebati dan hidang...


Senang je kan nak masak ayam merah ni, tak susah mana. Asal ade bahan kat dapur sekejap da siap..
Resepi ni dari arwah nenek saya, dan setiap kali kenduri atau hari raya, kami akan mengunakan resepi ni aje...makan dengan ketupat anyam sendiri...terangkat....
sila la cuba....

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Assalamualaikum...
sila tinggalkan komen anda disini