Epilog Kehidupan


Epilog Kehidupan

Assalamualaikum

Tiada yang istimewa buat seorang wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa seperti saya.
Masa saya sangat berharga untuk dibuang begitu sahaja.
Masa yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk kebahagiaan keluarga saya.
Tiada yang bernilai untuk mengantikan masa saya bersama anak-anak.
Mengandungkan mereka, melahirkan, menyusukan, melihat proses pembesaran mereka,
sakit demam bersama. Tiada perkataan yang terluah untuk mengantikan kebahagiaan itu.
melihat mereka membesar didepan mata belum puas untuk aku jadikan pengalaman hidup ini.


Family


Children

Dapur tempatku melepaskan segala perasaan yang terpendam.
Perasaan marah yang kadang-kala wujud tanpa diundang, kecewa dalam kehidupan, Gembira tatkala anak maju selangkah kehadapan, Sedih pabila terkenang kampung halaman.
Pelbagai rasa dalam kehidupan begitu juga dalam masakan yang aku masak. Tawar, masin, masam, manis,pahit tapi bila bergabung menjadi sedap dan enak.

Bicara sebuah pembukaan, yang akan aku update sentiasa.

Wasalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum...
sila tinggalkan komen anda disini