Aliyn Amerul


Bercelak lah....

こんにちは, 안녕하세요 ,
Assalamualaikum.


 Hai u ol's..

Update laju-laju...tajuk entri kali ni mesti korang yang addict ngan celak suke kan..kan..kan...???
hahahaha...Aliyn pon suke gak pakai celak hitam nih.dulu time teenager memang wajib la kalo nak p memane kene bercelak...tapi tak la sampai macam black metal tuh..hish..ngarut jerk..

Banyak tau kelebihan bercelak nih, Insyaallah kalau rajin memakai celak mata nih dapat membantu merangsang menumbuhkan bulu mata, memperbaiki pandangan mata serta mendatangkan rasa kasih sayang pada hati manusia.


 Menurut Asy Syaikh Sayyidi Muhammad As Said: Hendaklah diambil sepuluh gram zaffaran, dua puluh gram lada hitam. Kemudian di tumbuk halus dan diayak sehingga halus dan bersih. Bercelaklah di waktu pagi, tengah hari dan malam jika perlu.

Aliyn nak berkongsi dengan korang tentang beberapa hadis yang diriwayatkan, antarenye ialah:

“Sesungguhnya sebaik-baik celak kamu ialah celak hitam, dimana dia akan menggilap pandangan mata dan menumbuhkan rambut (bulu)”
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)

“Selalulah kamu memakai pakaian putih di mana dipakai oleh kalangan kamu yang hidup dan dikapani (bungkus) lah orang-orang mati kamu dengannya. Dan sentiasalah kamu bercelak hitam, kerana sesungguhnya ianya bolah mencerahkan mata dan meneguhkan rambut”
(Hadis riwayat Abu Daud, Al Hakim (Shahih) dan direstui Adz Dzahabi)

“Anas bin Malik r.a berkata: Adalah Rasulullah s.a.w mempunyai celak dimana baginda bercelak dengannya pada setiap malam, tiga (sukatan) ini dan tiga (sukatan) ini”
(Hadis riwayat Tirmizi)

So, lepas nih bole kite nak bercelak bagai 24jam non stop..!! wakaka...jangan nanti orang tuduh bebukan da lah kan..yela manusia nih banyak nau persepsi negetiv dari positif...Ade je yang tak kene kan...selamat beramal...



Wallahualam....